VISI
“Menjadi peneraju dalam pembangunan pelajar teknikal yang berdaya saing, berkemahiran tinggi dan siap sedia menghadapi cabaran industri sebenar.”
MISI
Kenapa Pilih
Platform Kami
Latihan Industri (LI) adalah syarat wajib bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi selepas tamat pengajian. Elemen LI telah diperkenalkan untuk meningkatkan kecekapan pelajar dengan mengaplikasikan pembelajaran akademik dalam situasi kerja sebenar.
Tip Kerjaya
Bimbang anda mungkin tidak mempunyai kemahiran yang sesuai untuk memasuki dunia pekerjaan? Berikut ialah beberapa artikel yang disyorkan berkaitan dengan karier tips. Klik pada pautan berikut untuk akses pantas.
FAQ
Latihan industri dijalankan pada semester akhir pengajian sebelum pelajar menamatkan pengajian mereka iaitu bermula 5/1/2026 sehingga 22/5/2026 (20 minggu) atau mengikut syarikat masing-
masing.
Pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri sendiri. Walau bagaimanapun, politeknik akan memberikan senarai syarikat cadangan dan panduan pemilihan.
Elaun bergantung kepada polisi syarikat. Ada syarikat yang memberi elaun, ada juga yang tidak.
Penilaian dibuat melalui laporan latihan industri, logbook harian/mingguan,
penilaian penyelia industri, serta lawatan penyelia politeknik.
Jika pelajar Gagal LI kali pertama, pelajar perlu mengulang semula an jika Gagal LI kali kedua, pelajar diberikan status GAGAL BERHENTI.
Penukaran hanya dibenarkan dengan alasan yang kukuh dan perlu melalui kebenaran pihak politeknik.
Pelajar perlu merujuk kepada penyelia industri terlebih dahulu, dan jika masih ada isu, boleh hubungi pihak UPLI untuk tindakan lanjut.
Ketidakhadiran tanpa sebab boleh menjejaskan penilaian dan berisiko menyebabkan kegagalan dalam latihan industri.
Pelajar wajib mendapatkan nasihat UPLI sebelum membuat penolakan tawaran LI. Penolakan hendaklah dilakukan secara bertulis melalui surat rasmi kepada pihak industri, memastikan penerimaan surat tersebut, serta mengemas kini maklumat penempatan terkini.
Pelajar perlu mengikut kod pakaian syarikat atau berpakaian kemas serta profesional.
Pelajar perlu mencatat tugasan harian yang dilaksanakan setiap hari sepanjang menjalani tempoh latihan. Kemudian, logbook akan disemak dan dinilai oleh penyelia industri pada setiap minggu. erkara yang perlu ditulis dalam laporan meliputi kerja-kerja yang:
i. dilakukan oleh pelajar
ii. dilihat oleh pelajar
iii. didengar oleh pelajar
Ada syarikat yang memerlukan
temuduga, ada juga yang menerima terus berdasarkan permohonan.
Pelajar boleh mendapatkan bantuan daripada pihak UPLI untuk penempatan alternatif kemudian pihak UPLI akan
menempatkan dimana-mana industri yang sesuai dengan bidang.
Tidak hadir 3 hari bekerja berturut-turut TANPA kebenaran industri, tidak menyerahkan laporan logbook dan prestasi kerja yang lemah.
Mengikut arahan penyelia, mematuhi peraturan syarikat, dan melaksanakan tugasan dengan baik.
Ya, ada syarikat menawarkan pekerjaan tetap jika prestasi pelajar memuaskan.
Surat Permohonan LI, Borang Jawapan LI dan Resume.
Sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum mula LI.
Pelajar perlu berbincang dengan penyelia industri, dan jika berlarutan, hubungi penyelia akademik.
Pelajar wajib melapor diri tamat LI pada tarikh yang ditetapkan oleh politeknik, menghantar semua dokumen penilaian berkaitan, serta melaksanakan pembentangan penilaian kepada Pensyarah Penilai yang dilantik.
KEJAYAAN GRADUAN
Graduan yang menamatkan latihan industri mereka
Internship at Maybank, now a Consumer Financial Consultant at Maybank Sungai Siput
“Dulu join sales internship kat maybank taiping, Skrg dapat serap jadi CFC Consumer Financial Consultant. Buat loan rumah, personal loan, credit card semua”
Internship at SKOMK SDN. BHD.
“Selalu buat baik dengan Supervisor untuk dapat markah full. Lepas intern saya kerja dengan company Ameen Product bahagian acc sekejap dan sekarang saya sambung belajar dekat UMP dalam course business engineering”





